Perkhidmatan Utama Perpustakaan KeTTHA Perkhidmatan Utama Perpustakaan KeTTHA

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan KeTTHA yang boleh digunakan oleh semua, termasuklah:

  1. Perkhidmatan Pembaca.
     
  2. Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan.
     
  3. Perkhidmatan OPAC (Online Public Access Catalog) dan WebOPAC.
     
  4. Perkhidmatan Internet.
     
  5. Perkhidmatan rujukan maklumat dan penyelidikan.
     
  6. Perkhidmatan Online Database iaitu MyLib, Lawnet, Lexis Nexis dan juga NSTP E-Media (Arkib Berita sejak 1991).
     
  7. Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) dan Pinjaman Antara Perpustakaan.
     
  8. Coffee Corner.

Perkhidmatan Pinjaman Perpustakaan KeTTHA Perkhidmatan Pinjaman Perpustakaan KeTTHA

 

Kemudahan Pinjaman di Perpustakaan KeTTHA adalah tertakluk kepada syarat - syarat yang berikut:

  1. Pinjaman bahan hanya diberikan kepada kakitangan Kementerian dan Jabatan / Agensi di bawahnya sahaja.
     
  2. Hanya 4 buah bahan yang dibenarkan untuk pinjaman pada satu-satu masa.
     
  3. Peminjam hendaklah memulangkan bahan yang dipinjam sebelum atau pada tarikh akhir tempoh pinjaman yang telah ditentukan.
     
  4. Untuk pengguna luar pinjaman, bahan hanya dibenarkan melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) atau Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan.
     
  5. Bahan pinjaman yang rosak atau hilang akan dikenakan denda bayaran wang sebanyak kos bahan berkenaan atau menggantikannya dengan bahan yang sama.

Perpustakaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Hakcipta © 2011 Perpustakaan KeTTHA
Paparan terbaik Laman Web ini adalah menggunakan pelayar web Internet Explorer versi 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox versi 3.6 ke atas.

Penafian: Perpustakaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.