Mengenai Perpustakaan KeTTHA
Perpustakaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah beroperaasi sejak tahun 2001. Ia telah dirasmikan oleh Mantan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu Datuk Amar Leo Moggie pada 15 April 2002.
Perpustakaan KeTTHA telah diletakkan di bawah seliaan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan di dalam Sektor Pengurusan Kementerian.
Penubuhan Perpustakaan KeTTHA adalah untuk mewujudkan satu aplikasi yang membolehkan semua maklumat sama ada dari dalam dan luar Kementerian dapat dikumpul dan di akses melalui satu 'Access Point' yang mana ianya adalah bertepatan dengan objektif dan aktiviti Kementerian secara keseluruhannya.
Sistem Perpustakaan KeTTHA
Sistem ILMU
Perpustakaan KeTTHA menggunakan Sistem ILMU untuk mengurus dan menyelenggara koleksi bahan dan aktiviti di Perpustakaan.
Sistem Pengkelasan & Pengkatalogan
Perpustakaan KeTTHA menggunakan Dewey Decimal Classification (Sistem Perpuluhan Dewey) untuk mengkelas setiap bahan di Perpustakaan.
Semua bahan adalah dikatalogkan dengan menggunakan AACR II (Anglo American Cataloguing Rules) 2nd ed., 2002 Revision with 2003 Update.
Perpustakaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Hakcipta © 2011 Perpustakaan KeTTHA
Paparan terbaik Laman Web ini adalah menggunakan pelayar web Internet Explorer versi 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox versi 3.6 ke atas.
Penafian: Perpustakaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.